Terima Kasih
Semalam saya bercakap panjang dengan seorang sahabat yang sentiasa memberi sokongan pada program yang saya lakukan dengan kanak-kanak kanser. Tetiba, dia berkata.." Ramai tanya hal Adik Hazim.. apa khabar dia? " Maaf sangat.. saya dah lama tak update.. tapi ini kisah terkini ..
Hari ini, Adik Hazim memulakan rawatan radioterapi nya di PPUKM jam 9.30 pagi tadi. Rawatannya adalah sebanyak 15 kali. Dia ditemani oleh ibunya. Dari kali pertama saya berjumpanya pada Januari lalu, dibandingkan sekarang, Adik Hazim semakin positif dalam menjalani kehidupan seharian. Ini diakui oleh sahabat saya yang turut membantu memberikan rawatan padanya. Bukan itu sahaja, syukur Alhamdulillah, ibu dan bapanya semakin positif serta yakin dalam menyelesaikan segala isu, baik dari segi kesihatan anaknya mahupun dalam menyelesaikan hal hal kewangan yang pastinya masih agak berat.
Segala bil yang tertunggak sudah dijelaskan serta telah mendapat perhatian pihak yang berkenaan.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih pada semua yang membantu dari segala segi, baik dari segi kewangan, sokongan moral dan yang penting sekali, doa pada yang Maha Esa. Ibu Hazim meminta saya menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari dia dan keluarga.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda semua. Saya doakan anda semua diberkati Allah sentiasa. Semoga Allah mengurangkan kesakitan Adik Hazim.
InsyaAllah
Posted in: on Wednesday, September 2, 2009 at at 1:44 AM