Kecil bagi kita, besar bagi mereka

Semalam saya menelefon ibu Adik Hazim, untuk bertanyakan keadaan mereka sekeluarga. Hmm.. guess what, sekarang ibunya dah jadi bisnes minded :) Syukur alhamdulillah.. satu yang dapat saya lihat perubahan keluarga ini, mereka semakin positif dalam mengharungi hidup sehari hari. Ibu Hazim sekarang tengah cuba nak menjual kuih siput. Selain dari itu, selepas mereka mendapat sumbangan peti ais, sebelum Ramadhan , mereka sudah mula menjual ais krim malaysia ( yang dalam plastik panjang ).

Untuk mereka yang sentiasa mendoakan keluarga ini, saya dengan rasa rendah diri memberitahu, alhamdulillah.. keadaan mereka semakin ok dari segi rohani. Kepincangan kewangan masih wujud dan kesihatan Adik Hazim masih di tahap yang agak kritikal. Namun, saya dapat rasakan keyakinan diri terutama pada ibu Adik Hazim dan juga Adik Hazim sendiri semakin baik.

Adik Hazim adalah antara satu dalam beribu ribu malah berjuta juta kanak-kanak yang memerlukan perhatian kita.

Projek saya dan rakan-rakan semakin mendapat perhatian ramai pihak. Oleh itu, saya dengan rasa rendah diri memohon, sekiranya ada di antara anda di luar sana mengetahui pihak, iaitu kanak-kanak yang perlu dibantu, harap dapat hubungi saya.

Mungkin kami hanya dapat menghulurkan bantuan yang hanya sekecil kuman.. tapi.. jika itu yang dapat memberikan mereka tersenyum, why not ? (^-^ )

Tiada janji dari pihak kami, tapi.. kami berdoa agar Allah mempermudahkan usaha kami dalam menggembirakan hati mereka yang memerlukan.. insyaAllah..

May Allah bless you all..
nskymmar@gmail.com

0 comments: